Kisah Sebenar Di Sebalik Kejadian Amuk Di SenQ

Kota Kinabalu, Sabah, 5 Julai 2012 - Pemilik kedai elektrik tempatan mengamuk di senQ dan ada video yang diupload ke Youtube yang memaparkan insiden mengejutkan itu.Bertentangan dengan apa yang dilihat dalam kejadian itu, lelaki dalam video bukan pelanggan tetapi merupakan pengendali outlet elektrik lain yang juga pesaing kepada senQ. senQ masih menyiasat sebab amukan lelaki itu namun setakat ini ia disyaki berkaitan dengan persaingan perniagaan. Difahamkan bahawa senQ tidak mempunyai hubungan perniagaan dengan orang ini dan menegaskan bahawa semua tuduhan oleh lelaki ini adalah sama sekali tidak berasas. Laporan polis mengenai kejadian ini telah dibuat dan menunggu siasatan lanjut dan tindakan daripada pihak berkuasa.





"Ini bukan pertama kalinya orang yang sama datang untuk merosakkan dan menyebabkan gangguan dalam kedai kami. Kejadian yang sama telah berlaku tiga bulan lalu di cawangan senQ lain pada Mac tahun ini yang mana kita telah laporkan kes itu kepada polis," kata Pengarah Urusan senQ, KH Lim.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...