Pada pagi jumaat ni TypeNetwork nak share kuiz online maybank2u. First pergi masuk website maybank2u. Nati ada soalan kuiz nya.Sila jawab dgn betul yer....
JITRA: Seorang guru sebuah sekolah menengah di sini dikatakan menyogok seorang pelajar perempuan berusia 16 tahun sebanyak RM15 supaya tidak menceritakan perbuatannya mencabul pelajar terbabit di dalam bilik seni sekolah itu, Rabu lalu.
Dalam kejadian kira-kira jam 12 tengah hari itu, mangsa dari Desa Tanjung, Lubuk Kawah, Mukim Naga, dekat sini, mendakwa ditarik guru berusia 40-an itu ke dalam bilik seni sebelum dipeluk dan dicium, manakala pahanya diraba.
Akibat kejadian itu, mangsa yang juga anak keempat daripada enam beradik yang belajar di tingkatan empat kini mengalami trauma yang serius.
Kakak mangsa berusia 21 tahun berkata, sebelum kejadian, adiknya dan seorang rakan yang belajar di kelas sama baru menghantar pulang seorang lagi kakak mangsa yang berusia 17 tahun yang belajar di sekolah sama ke rumah bapa angkatnya di Taman Mahsuri, di sini, kerana mengadu tidak sihat.
Katanya, guru lelaki terbabit pula diarah menghantar kakak mangsa sambil ditemani mangsa dan rakan sekelasnya.
Menurutnya, selepas menghantar kakaknya, mangsa yang menaiki kereta bersama rakannya dan guru terbabit pulang semula ke sekolah, tetapi menuju ke belakang bangunan sekolah dan guru itu mengarah rakannya naik ke kelas dulu.
“Selepas rakannya naik, adik saya diajak guru itu naik ke bilik seni bangunan terbabit sebelum menariknya masuk dan mengunci pintu daripada dalam.
“Adik saya yang kehairanan meminta dilepaskan, namun guru berkenaan meminta dia ada di dalam bilik itu sebelum mukanya digosok manakala seluruh tubuhnya diraba.
“Adik saya cuba lari menyelamatkan diri, namun pintu bilik terbabit dikunci menggunakan anak kunci yang dipegang guru itu,” katanya ketika ditemui semalam.
Berikutan itu, katanya, mangsa memberi helah dengan berjanji akan menemui semula guru terbabit di tempat sama keesokan harinya sebelum guru itu melepaskannya dan memberi RM15 supaya tidak menceritakan kejadian itu kepada orang lain.
“Setibanya di kelas, adik saya yang terkejut dengan perbuatan guru terbabit ‘mengamuk’ kerana tidak dapat mengawal perasaan sambil disaksikan lebih 20 pelajar lain, termasuk guru, tetapi enggan memberitahu kenapa dia bertindak demikian.
“Selepas pulang ke rumah kira-kira jam 2.15 petang, adik saya terus masuk ke bilik dan mengurung dirinya sebelum menceritakan kejadian itu, kira-kira jam 7 malam selepas dipujuk ahli keluarga,” katanya.
Ibu mangsa berusia 44 tahun yang juga guru sebuah sekolah rendah di daerah ini berkata, kelakuan anaknya pelik dan tidak seperti sebelum ini yang pulang dalam keadaan ceria.
“Sebelum ini, dia terlebih dulu memasak dan menyediakan makanan dan menceritakan apa berlaku di sekolah sambil makan nasi, tetapi pada hari berkenaan dia hanya diam dan kelihatan murung,” katanya.
Katanya, selepas dipujuk, mangsa menceritakan dia cuba dirogol seorang guru lelaki di dalam bilik seni selepas menghantar kakaknya pulang.
Bapa mangsa berusia 45 tahun pula berkata, selepas dimaklumkan kejadian itu dia bergegas pulang.
“Saya terkejut selepas dimaklumkan anak saya yang guru berkenaan sebelum ini berlagak alim, tiba-tiba bertukar menjadi ‘musang berbulu ayam’ hingga tergamak mahu merogol pelajar,” katanya.
Berikutan kejadian itu, dia membuat laporan di Balai Polis Kubang Pasu kira-kira jam 9.20 malam pada hari sama.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Mohd Karim Abu mengesahkan menerima laporan daripada waris mangsa dan pihaknya kini melakukan siasatan berhubung kejadian itu.
Cubaan untuk masuk ke blog Uncle Seekers hari ini telah gagal. Mungkin pihak TM dah block url blog Uncle Seekers ni. Blog Uncle seekers memaparkan artikel-artikel yang menghina Kerabat Sultan Johor. Tapi jangan risau, ada cara macamana nak lepasi halangan dari TM ni. Senang je cuma tukarkan url http://uncleseekers.blogspot.com
kepada http://uncleseekers.blogspot.sg/atau negara mana..co.uk, in, co.id