Percuma Software Merancang Kewangan Bulanan Anda





Perisian pengurusan kewangan
Perisian ini adalahTemplate BijakBudget yang telah diformulakan dan dijadikan satu template yang dapat digunakan sebagai alat untuk menyusun bajet dan perancangan kewangan atau pengawal aliran tunai secara lebih teratur atau sistematik.

Panduan Penggunaan Secara Umum

-"Wang masuk" bermaksud pendapatan tunai bulan ini.
-"Jumlah tunai (a)" bermaksud jumlah keseluruhan pendapatan bulan ini.
-" Kategori" bermaksud pembahagian perkara untuk perbelanjaan
-"Perkara" bermaksud perkara-perkara yang selalu ujud dalam perbelanjaan
-"Tertunggak" bermaksud segala bil dan hutang yang telah due date perlu diberi perhatian
-"Anggaran" bermaksud jumlah jangkaan/anggaran/rutin patut dijelaskan hanya sebagai rujukan.
-"Rujukan sahaja" bermaksud jumlah yang disenaraikan hanya sebagai rujukan semasa
-"Sebenar" bermaksud jumlah bajet sebenar yang akan dibelanjakan pada bulan ini.
-"Paid" bermaksud perbelanjaan yang telah terjadi, tandakan " ok ".
-"Jumlah (b)" bermaksud jumlah yang dicampur untuk kolum perkara.
-"Baki" bermaksud baki tunai setelah jumlah tunai (a) - Jumlah (b).

Kaedah penggunaan:

-Masukkan jumlah pendapatan bersih
-Masukkan jumlah pendapatan tunai dari lain-lain sumber
-Jumlah tunai (a) adalah jumlah pendapatan keseluruhan yang boleh dibelanjakan
-Senaraikan perkara-perkara yang selalu ujud dalam perbelanjaan anda
-Masukkan jumlah tertunggak/hutang, hanya sebagai rujukan dan perlu diberi perhatian
-Masukkan jumlah anggaran yang biasa dalam perbelanjaan sebagai rujukan semasa
-Masukkan jumlah sebenar dan lihat baki
-Jika baki menjadi negatif, pilih perkara yang kurang perlu, kurangkan separuh jumlahnya dan lihat baki
-Jika didapati baki menjadi masih negatif, susunatur semula pembahagian pembayaran sehingga ujud baki
-Bayaran bil tertunggak/hutang perlu dibayar secara ansuran setiap bulan sehingga selesai
-Jika terdapat baki yang berlebihan masukan keruang simpanan/derma/tertunggak/hutang
-Pastikan zakat pendapat dan derma tidak diabaikan sebagai menunaikan tuntutan agama
-Print menggunakan kertasr A4, dan simpan dalam wallet sebagai rujukan sebulan
-Dengan menggunakan BijakBudjet aliran kewangan peribadi lebih terurus secara sistematik





Download perisian 


or mediafire
http://www.mediafire.com/?elv7kduqn6acg9o

Makcik 61 Tahun Naik Motorsikal 260km Ke Himpunan Oren


KUALA LUMPUR, 15 JULAI : Kerana tidak sanggup lagi melihat penipuan dan kepapaan yang berlaku di dalam Felda, seorang makcik 61 tahun sanggup menunggang motorsikal sejauh 260 km untuk hadir ke Himpunan Oren Selamatkan Felda di sini semalam.

Kesungguhan dan kecekalan Salmiah Mat Jali dari Felda Ijok, di Larut, Perak itu mendapat perhatian peserta di himpunan depan Istana Negara. Lebih lagi apabila Salmiah memberitahu dia melakukan perjalanan itu seorang diri.

“Dari Larut sehingga ke sini adalah dalam 260 kilometer. Makcik bertolak sejak awal pagi-pagi lagi,” ujar Salmiah yang hadir pada himpunan yang bermula sekitar jam 1 tengahari semalam.

Ketika ditanya adakah beliau risau untuk merempuhi perjalanan yang agak jauh seorang diri, Salmiah berkata:

“Makcik dah biasa dah.” Beliau berhenti di dua kawasan Rehat dan Rawat (R & R) di Lebuhraya Utara-Selatan untuk berehat semasa perjalanannya.

Ketika diwawancara, Salmiah masih lagi memakai topi keledarnya dengan bertudung warna oren.

Menurut Salmiah, beliau sanggup turun ke perhimpunan itu semata-mata menyatakan sokongan padunya kepada himpunan yang mahu campurtangan Yang Dipertuan Agong bagi membatalkan penyenaraian Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGVH).

Kemuncak perhimpunan itu adalah serahan memorandum yang digubal Gabungan NGO Gerakan Selamatkan Felda (GSF) kepada pegawai Yang Di-Pertuan Agong.

Salmiah berkata, ketidakadilan agihan saham FGVH kepada peneroka berbanding pelabur adalah antara sebab yang mencetuskan kemarahannya sehingga sanggup datang daripada jauh untuk himpunan tersebut.

Alert Hampir kene samun kat highway lekas semalam!!!

Salam Ahad

Kali nih TN nak share tentang penyamun.Citer ini di ambil dari forum

Nak SHARE story dgn rakan2 kat dlm CG. Semlm sy g KL sebab ade keje2 yg perlu diuruskan. Sy ditemani oleh isteri sy. Dlm perjalanan blk ke rmh (seremban) sy ikut highway LEKAS. Disebabkan terlalu penat (sy tgh demam) mse drive sy stop kt R&R Beranang dlm pkl 3pg. Sy dan isteri park kereta (myvi), off engine & buka sedikit tingkap utk pengudaraan lps tu tido. Dlm pkl 3.10 pg isteri sy kejutkan sy bila sy bgn ade 4 org lelaki berbangsa india (Penyamun) mengepung kereta sy dan cube umpil pintu kereta. Sy terkejut terus hidupkan kereta & cube beredar dr situ. Salah seorng dr mereka cube cederakan sy dgn menjolok pembuka tayar kereta kat tingkap yg terbuka sedikit tp sy sempat pegang dan terlps dr tangan dia. Sy terus drive tp laluan R&R keluar ke highway diaorg block dgn kereta diaorg (Waja Kelabu/Coklat) sy terpaksa lawan arus keluar ikut jln msk ke R&R. Sy terus pecut kereta sambil call 999 utk bantuan dlm mase sama diaorg kejar sy dan cube langgar kereta sy dr belakang. Plg best mase ckp dgn operator kecemasan sy bgtau dia situasi sy dia ckp “Encik sila pergi ke balai berdekatan” padahal time tu mmg tgh pecut & penyamun tu tgh kejar (mcm dlm movie pun ade) siap sy bgtau operator tu “diaorg tgh kejar sy & cube langgar kereta sy” dgn nada selambe dia ulang ayat sama. Sy letak hp trus pecut dlm 140-160kmj penyamun tu kejar sy dari R&R Beranang smp Exit Tol Setul (Seremban) antara R&R Beranang dan Tol Setul ade 2 exit lg (Nilai/Pajam & Mantin) nk bgtau yg diaorg ni nekad nk samun sy sanggup kejar smp ke Tol Setul (dlm 20km). Smp kat Tol sy perlahankan keta sebab kat situ dh ade org (mase kene kejar ade selisih dgn sebuah kereta je punye sunyi Highway ni)diaorg trus potong dan kluar dr tol sy msk laluan sama tanya budak jaga tol td “dik kereta dpn tu india 4 org kan” utk dptkan kepastian. Dia ckp ye lps tu sy ckp la sy hamper kene samun kebetulan kt situ ade peronda LEKAS sy btau diaorg psl kejadian td trus escort ke Balai Mantin buat Repot Polis. Polis ckp sy bernasib baik sebab bertindak cepat kalau x xtau la ape akan jd kt sy & isteri.
Sy nk nasihatkan pemandu2 yg gune highway LEKAS lps pkl 12 mlm jgn la berhenti kat kwsn R&R sebab bahaya walaupun diaorg ckp ade guard tp sy x nampak pun batang hidung mse berhenti.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...