panduan umrah diy





Umrah DIY

Apa itu Umrah DIY?
Macam melancong backpacker. Beli tiket, naik kapal terbang, pergi sana dan kemudian tinggal hotel yang diuruskan sendiri tanpa melalui syarikat agensi pelancongan. Kita boleh pilih pakej yang paling asas, yang lain kita boleh pilih sendiri apa yang kita hendak dan pakej yang kita tidak mahu. Bayaran yang minima dan bayaran asas sahaja. Yang lain kita boleh pilih dan uruskan sendiri yang mahu dan tidak mahu.

Apa yang bagusnya dengan Umrah DIY?

"Saya tidak mahu pakej catering makanan, di sana memang dah ada banyak kedai, kami boleh cari sendiri". "Saya nak pilih hotel sendiri atau saya tidak mahu pergi ziarah".

Kenapa bayar lebih sedangkan anda boleh jimat dengan Umrah DIY?

Nanti dulu. Hendak pergi Mekkah dan Madinah lain, apatah lagi jika hendak pergi mengerjakan Umrah. Boleh buat, bukan tidak boleh, tapi ada syarat minima yang kena patuhi dan syarat ini dikeluarkan oleh Kementerian Haji Saudi dan Muassasah di sana. Syarat ini kerajaan Arab Saudi yang keluarkan, bukan syarat memandai-mandai atau tujuan menakutkan orang, takut apa-apa yang berlaku kita sendiri yang susah. Ini syarat wajib kena patuh untuk umrah ini. Visa Umrah dan tiket penerbangan dari Malaysia ke Mekkah atau Madinah. Kenderaan dari lapangan terbang ke hotel - perjalanan tiba. Kenderaan dari hotel ke lapangan terbang - perjalanan pulang ke tanah air. Penempahan hotel di Madinah dan di Mekah.

detail mengenai panduan umrah diy boleh lihat pada laman sesawang

http://www.panduanumrahdiy.blogspot.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...