Alert Planet Musytari akan Hilang 12 August 2012



Planet Musytari akan dilindungi oleh Bulan selama lebih kurang satu jam pada pagi 12 Ogos 2012 ini.
Pada pagi 12 Ogos 2012 ini, masyarakat Malaysia dan sekitarnya akan berpeluang untuk menyaksikan Okultasi Planet Musytari bermula dari jam 2.20 pagi hingga 3.20 pagi. Kali terakhir fenomena ini berlaku adalah pada 23 Februari 2009 yang lalu.
Apa yang berlaku ialah planet Musytari akan ‘hilang’ buat beberapa seketika, dan ‘muncul’ kembali selepas itu. Kita akan dapat melihat planet Musytari dilindungi oleh Bulan selama lebih kurang satu jam (bergantung kepada lokasi). Kejadian ini boleh diibaratkan seperti mini-gerhana. Ketika fenomena ini berlaku, Bulan pada ketika itu berada di dalam fasa Bulan Sabit Tua (Waning Crescent).

Tukar Kad Raya TypeNetwork Sesama Blogger




Salam semua blogger dan pembaca TN
kali ini TN nak citer pasal tukar kad raya TN dgn para pembaca blogger. Dimaklumkan sekarang zaman it, kad raya semakin dilupakan, banyak orang ramai mengguna kad dari facebook lah, guna twitter la...so sebagai ketidakpupusan kad raya dan untuk mengembali semangat hari raya , TN nak buat tukar sesama kad raya di antara blogger, TN hantar kad raya kpd anda, dan anda hantar kat raya kepada TN (from blogger apalah).

Diharap mendapat sokongan daripada para blogger. siapa yang berminat boleh lah post comment disini.

Ops Ramadhan Cyberwar Myanmar


Assalammualaikum dan salam sejahtera kepada pembaca TN. Dah lama TN tidak menulis posting dekat TN ni. Agak kesibukkan dgn masa esppesially bulan puasa ni. Kali ini TN nak share tentang Kekejaman di Myanmar di mana umat islam dibunuh sesuka hati. Masyallah ...saudara kita dibunuh dengan kejam. Kita sepatutnya memberi bantuan dan pertolongan kerana mereka adalah saudara islam kita. Syukur di Negara kita dalam keadaan aman damai. Berbalik kepada kisah myanmar ini. Boleh la rujuk website ini. TN nak cerita pun rasa sedih dah geram

Apa yang boleh kita bantu? antara nya kita boleh bg sumbangan dari segi harta benda ataupun wang kpd rakya islam di sana. jika tidak ada harta boleh kita berdoa agak Allah akan menurunkan bala kepada kaum yang berdosa itu. 

TN dapat berita daripada hacker-hacker Malaya, mereka akan menyerang website myanmar pada hari sabtu 11 /8/2012 . Ops ni dinamakan ops ramadhan dan akan dijalan di salah satu hotel di ibu negara. Hacker malaya akan berkumpul dan akan menyerang website-website myanmar dan protes tentang kejahatan pembunuhan saudara kita. TN menyokong 100% tentang usaha hacker malaya ini.


Diharap pembaca lain dpt memyumbang atau membantu rakyat myanmar islam wlpn hanya berdoa sahaja. semoga Allah memakburkan doa kita sekalian

amin

Beca Terbakar Bomba Bertindak Pantas

Salam Jumaat dan Ramadhan

kali ini TN nk share satu citer pelik dan lawak. Sebuah beca terbakar dan bomba bertindak pantas menyelamat beca tersebut.Kejadian ini berlaku di keramat permai

Apa yang menyebabkan beca itu terbakar? huhuhu mungkil TN berfikir. Mungkin beca tersebut dibakar oleh yang tidak puas hati.
credit utk bro izanti

Sedekah Dan Bermurah Hati Kunci Jutawan









Sedekah dan bermurah hati itu adalah kunci untuk menjadi seorang jutawan..
Jutawan tu ada 2 jenis...jutawan harta dan jutawan pahala..

Kita rebutlah peluang untuk menjadi salah seorang jutawan-jutawan tu..

Banyak cara kalau kita nak buat kebaikan..yang selama ni mungkin kita tak pernah terfikir pun nak buat..Apa kata mulai tahun ini kita amalkan tip-tip seperti dibawah ini untuk amalan kebaikan kita..

1. Setiap bulan kita asingkan gaji kita sebanyak 5% dan dengan duit itu kita sedekahkan kepada anak yatim atau sesiapa sahaja yang memerlukan.

2. Setiap hari Jumaat kita masukkan dalam tabung masjid RM10.00..sebulan kita cuma keluarkan perlu RM40.00 sahaja. Tak sampai pun RM50.00. (kita buang jauh – jauh perangai lama kita yang suka sangat masukkan dalam tabung masjid note RM1.00.)

3. Setiap hari kita kena bermurah hati dengan isteri dan anak-anak kita. Jangan kedekut dengan mereka. Belanja lah mereka makan. Bawak lah mereka makan di restoran-restoran mewah sekali-sekala. Jangan asyik bagi anak bini kita makan lauk semalam yang telah diperhangatkan. Tentu mereka bosan!!.

4. Setiap bulan asingkan 10% gaji kita dan serahkan kepada ibu bapa kita untuk duit belanja mereka. Ini adalah kunci syurga kita. Barangsiapa yang menghiburkan/menyenangkan hati kedua ibu-bapa mereka di atas dunia ini. Allah akan pastikan orang yang macam itu akan duduk bersenang lenang dalam syurga nanti. Ramai orang tak tahu dan malas nak ambil tau akan perihal ini. Sebenarnya kunci syurga ni, Allah dah bagi awal-awal kat kita atas dunia ni. Kita je yang tak perasan..Kunci itu ada di tangan kedua ibu bapa kita. Kalau kita berbuat baik kepada mereka. Dengan senang hati kedua ibu bapa kita akan menyerahkan kunci itu kepada kita..tapi kita yang tak mahu..***** sombong kita ni kan?? !! 

5. Jangan biarkan orang yang datang meminta-minta di pagar rumah kita berlalu pergi tanpa dapat sesuatu pun dari kita. Setidak-tidaknya bagilah mereka segelas air sejuk untuk menghilangkan dahaga.

6. Tanamkan sifat suka bagi duit kepada kanak-kanak. Tidak kiralah anak siapa pun. Anak kita ke..anak orang ke... Kanak-kanak ni ialah ahli syurga dan mereka memang sukakan duit..Kalau kita hiburkan hati mereka secara tidak langsung kita menghiburkan hati ahli syurga. Itu sebab RasulAllah amat menyayangi dan mengasihi kanak-kanak.

7. Jangan tinggal solat 5 waktu.

Tiada yang mustahil disisi Allah.. 

InsyAllah suatu hari nanti kita pulak akan menjadi seorang jutawan..

Indahnya Berpuasa Di Kampong Dulu Dan Sekarang


Indahnya Berpuasa Di Kampung..

Hari ini dah masuk hari ke 13 kita berpuasa. Sungguh pantas masa berlalu. Saya masih lagi belum berkesempatan untuk pulang ke kampong berbuka puasa dengan kakak. Emak dan abah sudah lama tiada..Kerinduan saya terhadap suasana berpuasa di kampong halaman membuatkan saya mencoretkan segala kenangan manis di sini..

Saya ingin menggamit kembali memori kita semasa kanak-kanak dulu. Berpuasa di kampong semasa zaman kanak-kanak dulu adalah suatu zaman yang paling indah dalam hidup semua insan di bandar Kuala Lumpur ini. Rata-rata kita semua anak rantau yang hidup mencari rezeki di Bandaraya Kuala Lumpur. Kisah suka-duka kita berpuasa di kampung bersama ibu bapa tersayang masih terpahat dalam ingatan dan terkadang boleh merembaskan air mata kerinduan.

Berpuasa di kampung lain rasanya. Ada kesyahduan di situ. Alam terasa damai. Dunia seolah terhenti seketika, mewarnai keceriaan di bulan puasa. Sungguh hebat suasana masa itu, apa yang di rasakan tidak dapat diucapkan dengan kata-kata. Hanya memori indah sahaja yang dapat diukirkan di persada kenangan. 

Semasa di kampung, apa saja hidangan juadah buka puasa yang disediakan oleh emak kita semuanya enak-enak belaka. Budaya bertukar-tukar juadah dengan jiran tetangga dapat memupuk dan menyemarakkan lagi semangat kejiranan dan persaudaraan sesama islam. 

Masak mee goreng banyak-banyak dan hantar ke rumah jiran kiri dan kanan. Jiran sebelah kiri bagi kita buah melaka. Jiran sebelah kanan bagi kita mihun goring. Nah.. sekarang juadah berbuka puasa kita sudah ada 3 jenis hidangan. Mee goring, mihun goring dan buah melaka.

Kadang-kadang ada juga berlaku. Kiri dan kanan jiran kita menyediakan juadah yang sama macam kita sediakan. Macam berjanji pulak. Nah..sekarang kita sudah ada 3 jenis mee goring yang berlainan rasa. Menarik bukan?

Zaman itu tiada pasar Ramadhan. Semua makanan masak sendiri. Kalau ada pun kami tak tahu dan tak pernah pergi. Ibu bapa kami tidak pernah beli makanan di luar. Apa yang dimasak itu lah juadah yang paling hebat bagi kami. Tiada rungutan atau kritikan. Makan dengan senyuman dan hati yang berbunga-bunga.

Selepas berbuka puasa di rumah. Jalan kaki pergi ke surau bersama kawan-kawan. Gembira sangat masa itu. Pergi ke surau bawak kuih satu piring. Emak suruh bawak. Letak kat surau katanya. Nanti masa morey orang boleh makan. Kuih tu diletak dalam piring dan dijinjing dengan balutan sapu tangan besar. Kadang-kadang kuih seri muka, kuih lompang atau pun kuih kaswi. Masa morey makan ramai-ramai.

Masa morey budak-budak dah lari balik. Mereka tak hairan dengan kuih muih itu. Apa jadi kat piring kuih tadi tu esok je lah cerita. Budak-budak dah pergi main mercun. Main mercun tarik. Baling mercun katak. Bakar meriam buluh. Masa tu polis tak tangkap pun. Kisah putus jari dan buta mata pun payah nak dengar masa itu. Semua budak-budak gembira belaka. Berbeza betul dengan kisah budak-budak sekarang ni. Baru masuk hari pertama puasa dah mula keluar berita tentang ada yang putus jari dan buta mata.

Kenapa begitu ya? 

Kalau dibandingkan dengan budak dulu-dulu rasanya lagi handal mercun dulu-dulu. Sekali meletup satu kampong boleh dengar. Silap-silap balai polis pun boleh bergegar. Tapi semua ok jer. Semua selamat. Tiada apa pun yang berlaku. Itu yang seronok. Kenangan macam tu yang jadi ingatan sampai sekarang ni.

Apabila sampai pertengahan puasa, sibuk pulak nak cari baju raya. Dulu baju raya dapat seorang sepasang saja. Beli t-shirt belang-belang dengan seluar jeans tidak berjenis. Beli kasut Legan satu. Kasut Legan tu budak sekarang cakap kasut ‘high-cut’ Baju Melayu dah tempah dengan jiran dihujung kampong. Upah tempah tak mahal pun. Tapi tak tahu berapa harga, sebab tidak pernah tanya pun kat emak. Yang pastinya baju tu siap saja. 

Masuk minggu ketiga, emak dah mula sibuk nak buat kuih. Macam biasalah, dulu-dulu tiada orang jual kuih raya. Semua buat sendiri. Kalau ada pun orang jual, siapa yang nak beli? Semua orang buat kuih sendiri. Emak selalu buat kuih samprit. Pakai cetak Sawah. Masukkan tepung yang telah diadun ke dalam cetak sawah, lepas tu tekan sampai keluar panjang-panjang. Putuskan, tekan lagi, putuskan, tekan lagi sampai penuh satu loyang. Bila dah penuh bakar pakai oven warna hitam cap kupu-kupu. Bakar pakai dapur minyak tanah yang cap nya pun sama kupu-kupu juga.

Rasanya dulu-dulu satu kampung memang ada oven dengan dapur ni agaknya. Memang standardnya begitu. Lepas buat kuih samprit, esoknya emak buat kuih kacang. Sekarang ni orang panggil Biskut Mazolla. Besar-besar bulat dan tebal. Macam buah karem. Atas biskut tu disapu dengan kuning telur. Nampak kekuningan selepas dibakar dan nampak lebih menarik. Rasanya..? Adui..memang sedap. Rasa kacang semata. Kacang lebih banyak dari tepung tapi biskut tu sikit pun tidak berderai. Tidak rapuh pun. Macam mana emak buat ya? 

Masuk mulut terasa panas kehangatan kacang tu. Kacang tu emak sangai. Sangai ni goreng tanpa minyak. Tak hangit. Memang tiada cacat – cela pun Apa yang emak masak memang terhebat. Pernah sekali masa balik dari sekolah, emak tengah sangai kacang. Saya dengan selambanya, ambil kacang tu terus masuk mulut dan kunyah makan macam tak puasa. 

Emak tengok dengan senyum je. Habis makan kacang yang ada di tangan, nak ambil lain, emak pun buka tanya. Kau tak puasa ke? Masa itu memang melompat pergi bilik air kumur-kumur mulut.
Memang terlupa tengah berpuasa masa itu. Emak kata, tak apa…rezeki tu. 

Seminggu sebelum raya memang kemuncak kegembiraanya. Malam – malam pasang pelita likur. Ambil kayu bakar yang kecik sebesar lengan pacak ke tanah. Hujung kayu ketuk paku sebatang buat sangkut pelita. Pukul 6.30 petang dah mula isi minyak tanah dalam pelita. Lepas maghrib sebelum gerak ke surau untuk tarawih, kena nyalakan pelita dulu pakai mancis. Lepas tu baru pergi surau. 

Kalau tak nyalakan pelita nanti abah marah. Malam 27 likur lagi hebat. Pasang pelita banyak sikit. Sampai ke belakang rumah terang benderang. Memang cantik suasana masa itu. Zaman sekarang ni, situasi macam tu nampak kat dalam TV je. Masa cerita drama hari raya.

Kemeriahan masa malam tujuh likur tu, memang tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Kasihan dengan anak-anak kita sekarang ini. Mereka tidak berpeluang untuk menikmati suasana yang macam itu. Mungkin di kampung-kampung masih ada lagi. Di bandar-bandar besar suasana semacam itu telah pun terpinggir dan tenggelam dek arus zaman.

Sehari sebelum raya adalah hari paling hebat dan bahagia sekali tiada tolok bandingnya. Pada hari itu, abah kita sibuk menganyam ketupat. Lepas menganyam masukkan beras dan petang lepas zohor dah mula merebus. Lepas maghrib dah boleh angkat dan mula gantung bagi kering kat tali yang di rentangkan kat dapur. Tak boleh gantung kat luar, nanti monyet liar datang makan ketupat. Monyet tu pulak yang akan beraya dulu.

Emak sibuk buat rendang ayam. Rendang ayam kampong. Ayam kampong tak payah beli. Memang banyak bela ayam kampong ni. Nak makan, tangkap je. Senang je tangkap ayam kampong ni. Kejar dan fokus pada hanya satu ekor sahaja. Kejar sampai ayam ni letih dan halau dia pergi ke satu sudut tembok rumah kita yang senang kita nak cekup sebab ayam tu dah terkepung. Nah..sekarang gunakan kepakaran kita untuk menangkap ayam itu. Kita boleh bayangkan yang masa itu kita jadi penjaga gol sedang menunggu sepakan penalti.

Kalau ayam itu lari sebelah kiri, kita terbang sebelah kiri, kalau kanan kita terbang sebelah kanan. Pernah sekali ayam tu sampai terpenyek kami kerjakan. Apa nak buat, malang ler ayam itu. Lepas dapat seekor ikat kaki ayam tu dan kejar lagi yang lain. Dah dapat 5 ekor cukup lah. Kita dengan ayam tu sama je penat. Selepas ayam itu disembelih, mak suruh cabut bulu ayam tu kat bilik air. Letak dalam besen besar, lepas tu jirus air panas. Senang je. Masa dulu-dulu semua kerja yang emak suruh buat memang kita buat dengan seronok dan tanpa bantahan. 

Cuba kita suruh anak kita sekarang ni cabut bulu ayam..?? Hehehe..mahu ‘termasak’ ayam itu dengan bulu-bulunya sekali.

Esok pagi raya, emak bangun awal. Jam 5.00 pagi emak dah bangun. Sibuk di dapur buat lodeh dan sambal kacang. Lauk yang mesti ada ialah kari ayam kampong. Perghh..memang sedap kari tu. Yang lain tu sibuk bersiap untuk ke Masjid bagi menunaikan solat Aidilfitri. Begitulah rutin bulan puasa di kampong. Setiap tahun begitu. 

Keseronokan berpuasa dari hari pertama Ramadhan hingga ke pagi raya adalah suatu kenangan indah yang tidak boleh dilupakan hingga akhir hayat. Tetap terrpahat kemas dalam kesyahduan sanubari setiap insan yang mengalaminya. 

Kini..kedua ibu bapaku sudah tiada lagi. Di pagi raya hanya kesunyian mendakap di kalbu. Terbayang wajah emak dan abah melengkari di hadapan mata yang boleh meruntunkan air mata.. 
Hanya keletah anak-anak saja lah dapat membantu untuk merawat hati yang rindu kepada emak dan abah…


credit : kelicap
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...