Seluk Coli Gadis 15 Tahun Untuk Cari Duit







PEKAN: “Saya terpaksa menyimpan wang saku dalam kasut kerana mereka pernah menyeluk ke dalam coli saya untuk mencari wang,” kata Norizan Janal Abidi, 15, pelajar sebuah sekolah menengah di sini yang menjadi mangsa buli empat pelajar lelaki sebaya, semalam.

Kejadian malang itu menimpa pelajar tingkatan tiga terbabit hampir tiga bulan lalu sejak dia bertukar ke sekolah berkenaan pada pertengahan Januari lalu.

Kemuncaknya apabila empat pelajar berlagak samseng itu menumbuk serta melibas punggung mangsa dengan kerusi apabila mangsa mengadu perkara itu kepada pengetua selepas waktu rehat, semalam.


Ekoran kejadian itu, mangsa terpaksa bercuti tiga hari berikutan lebam di pangkal leher dan bengkak urat pinggul menyebabkan keluarga mangsa membuat laporan polis. Menurut Norizan, dia bukan satu-satunya mangsa kepada empat pelajar terbabit, malah beberapa lagi pelajar lain turut menjadi mangsa buli mereka termasuk dipukul dan meminta duit.


“Mereka turut mengugut kami supaya jangan berani melawan Geng Kapak iaitu kumpulan yang disertai mereka menyebabkan kebanyakan mangsa tidak berani membuat aduan kepada pihak sekolah.


“Kejadian menimpa saya itu berlaku kira-kira jam 12 tengah hari selepas mereka tiba-tiba menyerang dan memukul saya kerana berang dengan tindakan saya mengadu kepada pengetua mengenai kegiatan mereka,” katanya yang masih trauma dengan kejadian itu.



Ibu mangsa, Jelamah Abdullah, 40, pula berkata, ekoran kejadian itu, dia membuat laporan polis selain berjumpa pihak sekolah untuk memaklumkan kejadian yang menimpa anaknya itu.

Kos Untuk Menjadi Seorang Batman


Salam Ramadhan untuk semua para pembaca semua. Kali ini TN nak share tentang citer batman. Baru-baru ini kita dikejutkan berlaku insiden tembak menembak angkara citer batman dan mengorbankan nyawa para penonton didalam panggung wayang.Nasib baik tidak berlaku didalam negara kita..Alhadulillah...

Siapa diantara sini nak jadi batman....tgk la harga gambar tersebut ....harga utk menjadi seorg batman berharga juta-juta-juta-juta...tu dalam mata wang USD...blm convert jadi RM.

so jadi lah diri sendiri ..tak payah jadi batman...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...