SenHeng Lagi- Complain Iklan Jualan Murah

Salam Tghari blogger..

Kali ni TypeNetwork dapat berita dari forum yang mana yang Sen Heng telah membuat jualan clearence. Harga yang ditunjukan dalam iklan tu memang 50% off...promotion ini dijalankan dekat branch jeratut pahang
Apa yang sedihnya iklan promotion tu 90% dalam bahasa cina sahaja.

Adakah di Jeratut Pahang lebih daripada 80% bangsa kaum cina.???

TypeNetwork berharap agar SenHeng peka dengan isu seperti ini.

Salah seorg dari komen dari forum menyatakan
dah la iklan bahasa cina..ingat kat sini takde melayu ke? 70% melayu kat sini..lau bahasa omputih pun takpe lagi ..aku tak amik pot sgt, tetiba nampak iklan NETBOOK RM299..aku pun teruja la..pastu tgk android pun murah gak..terus aku bergegas ke Seng Heng..masa aku gi, diorg baru tarik grill pintu..( kul 11 baru nak bukak kedai ?? )....terus aku tnya netbook..diorg cakap, takde pun harga camtu..cis ..tertipu aku..yg ada harga RM699 ( still murah tp aku tak berminat..)..belek henpon pun, walaupun dah dipotong harga,rasanya, kat luar lebih murah..tertipu eden..wat letih je..dah la tua2 ni tak larat nak berjalan sgt..
Rujukan 


Di Facebook SenHeng ini koman pembaca

Rita Rudaini DiLamar Oleh Rosyam Nor





Keretakan rumah tangga aktres, Rita Rudaini Mokhtar, 36, dan pemain bola sepak kebangsaan, Aidil Zafuan Abd Razak, 25, bukan lagi satu rahsia.

Hubungan yang pada mulanya dibina berlandaskan cinta dan kasih, kini makin goyah.

Namun, di sebalik pergolakan demi pergolakan yang berlaku, Rita tidak sedikit pun mengeluh, apatah lagi mempersoalkan ujian ALLAH SWT buatnya.


Rita Rudaini DiLamar Oleh Rosyam Nor


Berkongsi perkembangan seninya, Rita yang kini sedang sibuk dengan penggambaran filem Balistik mengakui berasa teruja apabila dilamar Rosyam Nor untuk membintangi filem terbitan Suhan Movie & Trading Sdn Bhd dan Asia Tropical Films Sdn Bhd (ATF).



Katanya, sejak dulu lagi, dia tidak pernah menolak lamaran Rosyam, biarpun watak kecil sekali pun.

"Kalau terima tawaran, saya akan lihat dahulu bagaimana jalan cerita, pengarah dan pelakon. Saya akui sangat selektif memilih tawaran lakonan.

"Pertama kali Rosyam tawar saya berlakon drama Rozana, dia buat saya jadi lebih bagus. Kemudian, bila dia tawar berlakon drama terbitannya, tawaran itu tidak pernah mengecewakan. Jadi, bila dia tawar saya berlakon Balistik, saya tidak teragak-agak untuk terima," katanya.

Biarpun pernah meletakkan karier lakonan di tempat kedua sebelum ini, Rita kini terpaksa aktif kembali dalam lakonan demi mencari nafkah buat anak-anak.

"Saya meletakkan karier dan keluarga, 50-50. Tapi, saya bersyukur kerana masih diterima peminat dan ada peminat yang kata saya seperti wajah eksklusif. Susah nak lihat saya muncul di kaca televisyen, tapi bila saya muncul, mereka pasti akan menonton lakonan saya,"
katanya yang merancang untuk menceburi bidang perniagaan dalam masa terdekat ini.

Masjid dan Surau Dapat Free Wifi


Masjid dan surau di Selangor akan dapat Wifi percuma


BERITA baik untuk rakyat negeri Selangor. Dalam perbahasan di Sidang Dewan Negeri Selangor hari ini, Kerajaan Negeri sedang meneliti untuk memastikan semua masjid dan surau di Selangor mendapat kemudahan wifi percuma.

Exco Kebajikan, Hal Ehwal Wanita, Sains Teknologi dan Inovasi, Rodziah Ismail berkata inisiatif itu diambil sebagai langkah untuk rakyat celik komputer dan informasi negeri dapat disampaikan.

“Cadangan itu sedang diteliti pada masa kini dan akan diumumkan kelak,” katanya ketika sesi penggulungan di Sidang Dewan Negeri.

Selain itu, katanya, Kerajaan Negeri juga menyediakan peruntukkan tambahan sebanyak RM5 juta untuk memastikan pelebaran jalur internet lebih cepat dari yang dijangkakan.

“Ini meliputi kawasan bandar dan luar bandar untuk pastikan ia dapat dilaksanakan,” katanya.

Tambah Rodziah, Kerajaan Negeri telah membuat dasar untuk menentukan kawasan pemasangan Wifi mengikut keperluan dan kriteria.

Antaranya kawasan tarikan perlancongan, komersial, pejabat kerajaan, medan selera di bawah seliaan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), kawasan riadah, hub pengangkutan dan Kolej.

“Bagi Fasa 1, kita telah lancarkan di Dataran Shah Alam, PKNS, medan selera Seksyen 2, 3 dan 9, Shah Alam selain Kuala Kubu Bahru dan Dun Permatang serta lain-lain lagi,” katanya [Selangorku].

GEMPAR! AMUK DI DALAM 7E TEMERLOH


















seorang warga indonesia mengamuk selepas menghidu gam di Petronas Semantan lalu berkeliaran hingga ke dalam 7E. Selerakkan barang sesuka hati,makan snek sesuka hati. Pekerja 7E tidak mampu melakukan apa apa kerana takut dan bimbang kerana orang itu memegang kayu. Kejadian belaku sekitar jam 3-4pagi dan nasib baik budak taman masih ada yang melepak di sekitar itu lalu turut membantu menyeleraikan orang gila ini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...