Teknik Menyamun/menipu di jalanan..hati2
Berikut merupakan beberapa cara Penipu/Penyamun di jalan/jalan raya untuk mendapatkan mangsanya.
1. Minyak Brek Bocor= Simbah minyak di tayar (semasa kita berhenti di rnr, atau tengah jem) = minyak berasap (atau x) = penipu akan tunjuk isyarat/pada tayar konon2 nak bagitau minyak brek bocor = penipu akan baiki kenderaan dengan upah anda kena bayar.
2. Kereta Overheat = Masa kita berhenti kedai makan ke, rnr ke, Nut radiator ditanggalkan/radiator di bocorkan(guna benda tajam) = kereta overheat boleh berasap = kita berhenti kereta di tepi jalan = penipu akan datang dan pelawa bantuan = boleh jadi bawa tow truck skali = kita kena bayar kos bayar dan towing.
3. Penyamun melanggar kereta dari belakang di tempat sunyi dan selalunya kes malam hari = Penyamun akan highlight kereta kita minta berenti = kita hentikan kenderaan = penyamun akan slowtalk dengan kita, konon2 nak bincang fasal eksiden = 2 ,3 minit bersembang, kawan2 penyamun akan datang naik kenderaan lain = parang akan melukakan tengkuk telinga kita/ atau guna stunggun pengsankan kita = kita akan terjaga dengan wallet dan barang , beharga hilang,,, (kalau perempuan boleh kena rogol_, boleh juga kita dibunuh )
4. Ada orang lambai2 tangan sebab motor rosak ke, kereta rosak ke, atau dia datang naik motor dalam keadaan pakaian berdarah2, konon2 baru lepas eksiden dan nak minta tolong …kalau anda berhenti, takut kena samun.
Penipu dan penyamun ni ada geng, selalunya untuk bawa sparepart/towtruck, atau bagi kes ke 3, akan ada geng dalam kereta akan standby 1 kilometer ke, dari tempat dia melanggar kita.
Ada juga kes, penjenayah2 ni tabur benda tajam macam paku, untuk bocorkan tayar kita lalu dia datang tukar tayar….
Dulu2 ada juga kes penjenayah2 ni simbah minya di atas jalan, lalu kita eksiden…
Langkah2 Pencegahan:
1. Jika ingin menaiki kenderaan , naiklah dengan kumpulan, terutamanyalah bagi kaum wanita. Kalau naik sorang2 lagi senang jadi mangsa.
2. Jangan berhenti, jika kereta ditahan oleh bukan badan penguatkuasa.
3. Jangan terima offer orang yang nak baiki kenderaan kita ketika kereta rosak, tapi sebaiknya telefon syarikat insuran atau mekanik yang kita kenali.
4. Kalau kereta dilanggar dari belakang, di tempat sunyi, jangan keluar dari kereta dan matikan enjin, tetapi ajak si pelanggar ke tempat yang ramai orang, rnr ke.