Puasa Vs Sukan Olympic London 2012



Olympic London 2012 akan berlangsung pada jumaat nih tarikh 27 july 2012. Acara ini dilakukan pada bulan ramadhan? kenapa dibulan ramadhan? mengapa tidak dipinda dibulan lain? adakah mempunyai agenda sendiri?

Umat islam terutama atlet Malaysia yg beragama islam? adakah mereka memilih berpuasa atau bersukan demi merebut pingat emas? adakah jika tidak berpuasa atlet kita dapat emas?

ulamak inggrish telah memembuat kenyataan bahawa umat islam dikecualikan berpuasa??

"LONDON -- Tokoh Islam di bumi Inggris, Zahed Amanullah, telah mengulas keputusan sebagian atlet Muslim untuk tidak berpuasa selama berlawan di Olimpiade London 2012. Menurut Zahed, perlawanan olahraga di Olimpiade merupakan tugas negara yang tak bisa dianggap remeh.

"Jika Anda terpilih untuk mewakili negara, maka itu adalah sebuah tanggung jawab yang besar. Mencederai tanggung jawab itu sangat tidak Islami," kata dia seperti dilaporkan dalamThe Washington Post, Kamis (19/7).

Ulama yang berfaham moderat ini mengatakan, umat Islam tidak harus berlebihan dalam menjalankan ibadah. Menurut dia, ibadah dilakukan sesuai kemampuan masing-masing individu. Terkait puasa Ramdhan, dapat diganti di waktu-waktu lainnya hingga satu tahun setelahnya.

"Ekstrimisma dilandasi perasaan untuk selalu melakukan sesuatu secara maksimum. Padahal, Islam bukanlah tentang melakukan hal-hal secara maksima sepanjang waktu. Islam mengajarkan aspek-aspek keseimbangan, moderat, dan logis," tambahnya.

mufti Malaysia jugak menyatakan dikecuali kan utk berpuasa

Mufti Perlis Dr Juanda Jaya bersetuju dengan pandangan Mufti Perak Tan Sri Harussani dan bekas mufti Perlis Prof Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin supaya atlit Muslim yang mewakili Malaysia di temasya Sukan Olimpik, menangguhkan ibadah puasa.
"Setuju (dengan Harussani dan Dr Asri) sebab mereka (atlit) musafir dan mereka berhak ambil rukhsah dan keringanan yg diperkenankan oleh syarak," kata Dr Juanda melalui kiriman SMS kepada Malaysiakini.
Bagaimanapun, tokoh agama itu berkata ia terserah kepada atlit tersebut sama ada berpuasa ataupun tidak sekalipun ia merupakan "keluasan agama".
Dr Juanda mengulas pandangan Harussani dan Dr Asri yang dilaporkan berkata, atlit Muslim boleh menangguhkan puasa bagi mengelakkan daripada dituduh tidak beri kerjasama, diboikot atau boleh menjejaskan peluang kemenangan.
Malah Dr Asri yang juga pensyarah kanan Universiti Sains Malaysia (USM) dilaporkan The New Straits Times sebagai berkata, atlit boleh berbuat demikian kerana mereka bermusafir.
Isu berkenaan turut mendapat perhatian Persatuan Ulama Malaysia (PUM) yang menggesa Majlis Fatwa Kebangsaan (MFK) supaya bersidang bagi memutuskan pandangan mereka berhubung perkara itu.
Setiausaha PUM Dr Mohd Roslan Mohd Nor kepada dihubungi Malaysiakini petang ini berkata pandangan yang dikemukakan itu bukan pandangan rasmi kerajaan.
"Umat Islam memerlukan satu panduan yang sama. Kita menghormati padangan Tan Sri Harussani dan Dr Asri. Tetapi pandangan mereka tidak mewakili satu badan yang berpusat dari kerajaan.
"Itu pandangan peribadi mereka," katanya yang menambah PUM telah berbincang mengenai perkara itu sebelum ini.
Bagaimanapun masyarakat Islam sangat memerlukan keputusan majlis itu dan PUM mahu diselaraskan di peringkat kebangsaan, kata Dr Mohd Roslan lagi. 

cuba kita lihat pada zaman Rasulullah pada zaman berperang? Rasulullah tetap berpuasa semasa berperang...

apa yg TN nak sampaikan dekat sini bahawa olympic london 2012 ini mempunyai agenda tertentu bagi merosakkan agama islam. semoga atlet Malaysia mengambil berat tentang hal begini

London Olympic 2012 Sasaran Penganas Pakistan


Sebuah akhbar British yang telah ditemui suatu penipuan visa oleh pegawai Pakistan. Pegawai Pakistan, seorang ahli politik berasaskan Lahore dan Satu perjalanan Agensi "Dream Tanah Agensi Pelancongan" menjalankan perniagaan tidak sah ini. Menurut kertas berita British "The Sun" pengganas mempunyai peluang untuk memasuki Britain dengan Pasukan Sukan Olimpik Pakistan. Menurut kertas British, penyiasat mereka telah disediakan pasport Pakistan dengan nama palsu. Seorang ahli politik berasaskan Lahore Abid Choudhry memberitahu penyiasat bahawa £ 7.000 boleh membawanya 2 visa bulan dan menyeludup beliau ke London 2012 sebagai sebahagian daripada Skuad Olimpik Pakistan. Beliau seterusnya berkata bahawa hanya lebih 1,000 pound diperlukan untuk surat rasmi daripada Lembaga Sukan Pakistan berkata dia (penyiasat) adalah sebahagian daripada skuad Olimpik negara.
sumber

Kak saya nak segelas air kosong boleh??







Seorang budak lelaki miskin berjalan dari rumah ke rumah untuk menjaja kerepek yang diusahakan oleh ibunya. Menjelang tengah hari, dia sudah berasa lapar, namun tidak mahu pulang selagi belum habis menjualnya. Bagi menghilangkan rasa lapar, dia berhajat meminta segelas air dari sebuah rumah berdekatan.

“Kakak, boleh berikan saya segelas air kosong.?”

Direnungkan wajah budak yang kelihatan lesu dan sayu itu.

“Tunggu sebentar ya,” Seketika kemudian wanita itu keluar dengan segelas susu di tangannya. Budak itu terus minum tanpa berlengah.

“Berapa ya saya berhutang dengan kakak?” katanya sambil menyeluk saku poketnya.

“Tak perlu bayar.”

“Tetapi saya hanya minta air kosong. Emak saya ajar, jangan ambil apa-apa daripada orang lain tanpa bayaran.”

“Kalau begitu bayarlah dengan ucapan 
"ALHAMDULILAH" dan terima kasih.”

“Okey, ALHAMDULILAH. Terima kasih kakak” 

Budak itu terus beredar kembali menjaja kerepeknya. Entah bagaimana, dia terasa begitu bertenaga dan penatnya hilang. 

Bukan semata-mata kerana segelas susu itu, malah lebih daripada itu, kerana sifat pemurah wanita itu walaupun tidak dikenalinya.

Beberapa tahun berlalu, wanita tersebut diserang penyakit yang serius. Dia telah dirawat di sebuah hospital di bandar tersebut, dengan dibawah pengawasan oleh seorang doktor pakar.

Rupa-rupanya doktor pakar yang merawat wanita itu adalah budak lelaki yang pernah diberikan segelas susu kepadanya suatu waktu dulu. Si doktor masih mengenali wajah wanita itu, walaupun dia sudah berusia.

Doktor muda itu berusaha merawat wanita itu sehingga sembuh. Malah bil hospital pun ditanggungnya. Setelah wanita tersebut sihat sepenuhnya, tiba kepadanya sekeping bil hospital. Di atas bil itu tertulis.

“Bil ini telah dijelaskan dengan segelas susu. Alhamdulillah dan Terima kasih – Dr Muhammad.”

Pengajaran ::
Walaupun kecil bantuan yang dihulurkan namun disertai dengan ikhlas, impaknya tidak terjangkau oleh imaginasi kita. Hakikatnya bantuan ALLAH SWT sering ada di mana-mana, dalam pelbagai bentuk dan kadang-kadang disampaikan melalui perantaraan orang yang barada berdekatan kita.

Renungkanlah Firman ALLAH yang bermaksud, “Berbuat baiklah (kepada hamba ALLAH ) seperti mana ALLAH berbuat baik kepadamu (dengan pemberian nikmat-Nya yang melimpah-limpah).” - Surah al-Qasas, ayat 77

Rasulullah SAW bersabda," Perumpamaan orang-orang Mukmin dalam hal kecintaan, kasih-sayang dan belas kasihan sesama mereka, laksana satu tubuh. Apabila sakit satu anggota dari tubuh tersebut maka akan menjalarlah kesakitan itu pada semua anggota tubuh itu dengan menimbulkan insomnia (tidak boleh tidur) dan demam (panas dingin)." - Hadis Riwayat Muslim

Disalin dan diadapatasikan semula oleh RP dari Majalah Solusi.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...