Bank Negara Malaysia Sahkan Infinity Downline Skim Tipu
Salam Ramadhan buat semua pembaca TN
Pada pagi ini, TN nak share mengenai skim cepat kaya. Dalam dunia online sekarang, terdapat macam-macam skim cepat kaya kita dengar. Boleh dikatakan 110% skim cepat kaya adalah tipu , yang join awal atau orang atasan sahaja yang kaya raya. TN dapat info bahaya infinity downline juga salah satu skim tipu, disini TN lampirkan gambar email dari BNM mengenai skim tersebut. BNM sahkan bahawa skim tersebut adalah skim tipu dan menyuruh orang ramai membuat report kepada pihak polis. TN berharap rakyat jangan terperdaya dengan apa-apa skim, jangan rasa ingin cepat kaya, akhirnya anda akan menyesal pada saat akhirnya. Berdirilah di atas diri sendiri, berusaha, insyaAllah anda memperolehi kejayaaan