Adakah tahun ini ada bonus raya bagi kakitangan awam?Kerajaan telah bersetuju membayar bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM500 kepada kakitangan penjawat awam bulan ini. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata kerajaan juga bersetuju memberi bayaran khas sebanyak RM500 kepada pesara kerajaan juga.“Bonus dan bayaran khas raya ini akan dibuat pada pertengahan bulan ini,” jelas Najib yang juga Menteri Kewangan dalam satu kenyataan hari ini.menurutnya bonus itu adalah bagi menghargai sumbangan serta dedikasi penjawat awam dalam memudah dan menjayakan pelaksanaan program pembangunan negara kini.Perdana Menteri juga berkata kerajaan berharap pemberian bonus dan bayaran khas ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban penjawat awam dan para pesara kerajaan sekaligus membantu mereka membuat persediaan menyambut Hari Raya Aidilfitri.- dipetik dari arkib pada 8 ogos 2011
PRU semakin hampir?