Oh Peniaga Oh Pembeli Pasar Ramadhan









Salam Ramadhan
TN nak share pasal peniaga dan pembeli sempena Pasar Ramadhan.

PENIAGA DAN PEMBELI.


1.
PENIAGA

a. TIDAK MELETAKKAN TANDA HARGA.

benda ni rasanya kat semua bazaar mmg ada. susah sangat nak letak tanda harga.
apa motif kau taknak letak tanda harga? sbb kau boleh letak sesuka hati harga kau?
kalau tempat lauk pauk tu, boleh la diterima takde tanda harga.
ni.. kau jual kuih beberapa jenis pon. tulis jela tanda harga.
rajin plak kau nak menyebut harga kau banyak2 kali bila orang tanya.
ini jadik kat aku. bazaar Taman Melawati.
aku tetibe nampak kuih Jala Emas. pastu takde tanda harga. so aku bajet mungkin benda tu RM 1 utk 2 ketul.paling mahal pun RM 1 seketul.
so aku tanya
" kuih ni berapa?"
"satu 3 ringgit"
"errr bagi 2 la"
ok. pada aku, aku rasa MEMANG MAHAL GILE WEEEIII kuih coet tu RM3.
RM3 dah boleh beli jus buah
tapi memandangkan kelemahan aku ialah ego aku sendiri, tetba aku terus minta 2. sepatutnya aku terus bla. tapi napa tah. ego aku yang menjawab minta 2 ketul. so rm 6.
RM 6 dah boleh dapat kuih biasa 15 bijik.

so wahai peniaga TOLONG lah letak tanda harga. bkan susah pun.. kau nak untung banyak tapi kedekut tahiikk masenn!!!!


b.MEMEGANG MAKANAN DENGAN TANGAN DI HADAPAN PEMBELI

bnda ni pun banyak berlaku. banyak kali. selamba gile pegang makan dengan tangan. terutamnya kuih.
owowow.. mmg la kau kata kuih tu pun hasil tangan kau.
tapi itu aku tak nampak. ni kau dah pegang depan pembeli, takkan orang tak nampak.
ntah dah pegang apa tah.

c. SEKSI MCM ORANG NAK BELI KAU

benda ni ada berlaku tapi ianya mungkin dalam 3-4 orang penjual je dalam satu2 bazaar.
kemain kau... baju leher low cut, rambut perang.
ada jugak yang pakai singlet je. seksi mcm hape.
please la.. orang datang nak beli makanan. bukan nak langgan beli kau.

4. MELETAK HARGA SESUKA HATI

Peniaga, sebelum kau letak harga, kau tgk la dulu produk kau tu layak atau tak untuk mendapat harga mcm yang kau letak.
aku masih teringat kes somtam aku yang berharga rm 5.
dah la sikit bebenor. pastu kering.
aku beli pun sbb aku tak tahu harga pastu aku tanya (mcm point a)

5. MENJUAL SEMULA MAKANAN YG TIDAK HABIS

Memang. memang sayang nak buang. tapi itulah hakikatnye.
kau perlu buang/sedekah jualan kau yang tak habes tu pada orang.
ni tak. kau simpan and kau jual semula esok.
tak amanah weeeh.

dan lagi satu. orang yang jual kuih ni kadang2 guna HAMPAS kelapa untuk buat inti.serius.


2. PEMBELI

a. TERGEDIK-GEDIK

benda selalu kat budak2 perempuan yang meningkat remaja la.. yang baru lepas spm, yang tingkatan 3 keatas .
aku perhatikan dorang ni kalau jalan sesama dorang mesti nak tergelak2 bajet manja.

pastu kalau ada peniaga yang usik, mula la menggeletis mcm hape.
dahla orang kat bazaar tu ramai. kau tergedik2, kau dah menyekat laluan orang lain. so tak payah gedik.
ikat je rambut tu. ni tak.
rambut menggerbang konon seksi. kalau rambut tu lawa, sedap gak mata memandang.
ini.. rambut pun kering, menggerbang, siap ngan bekas ikatan...
baik kau ikat jelah rambut tu.


b. OLOLOLO BIJAKNYE ANAK AKU PANDAI JALAN!!

Kadang2 ada parents yang bawak anak kecik datang bazar. takpe. yelah.. kesianla kat anak.. kat rumah takde sapa jaga.. so bawak la..
tapi yang buat orang menyampah, bila kau biarkan anak kau yang umur setahun, yang baru terkedek nak belajar jalan tu, berjalan sendiri. apa salahnye kau dukung budak tu.
"alaaahai anak aku pandai jalan wooo!"
ok.tapi tgk tempatlah untuk mempertontonkan "ke-olololo-an" anak kau tu.
1. kesianla kat budak tu. dia kecik lagi dan terpaksa berhimpit. dah la jalan terkedek2.
2. kesianla kat pembeli ni terpaksa bersesak sebb nak bg ruang kat anak kau berjalan.


c. LAPAR MCM TAK BERBUKA SEJAK SEMALAM

beratur.. susah sangat ke nak beratur? ni kau tetbe datang dari arah dean pastu kau order.
amende kau ni?? takde sivik? lapar benaw?



ada yg nak tambah? sila kan.


*kat tempat korang, kuih jala emas tu brp RM seketul? mmg RM 3 ke?

kredit to Ruth
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...