Apa itu Congenital?
congenital adalah penyakit yg dialami semasa sejak lahir lagi
Kisah ini diambik dari forum semoga menjadi panduan untuk semua
Satu hari anak aku xleh nak makan dan minum. Asal sebarang benda masuk dalam mesti akan muntah semula. Even sebijik nasik masuk, lebih kurang 5 minit anak aku akan muntah semula sebijik nasik tu tadi. Panik gak aku sbb ingatkan kena tukar susu ke, atau sakit2 biasa. Bawak ke hospital kerajaan. Doktor kata normal. Beri ubat tahan muntah sahaja. Tapi benda yang sama berulang semula. Wife aku cadangkan untuk ke hospital swasta. Aku pun bawak ke hospital swasta. Doktor terus xray dan buat ct scan. Rupa2nya ada ketumbuhan pada salur hempedu anak aku menyebabkan air hempedu gagal keluar secara normal. Doktor cadangkan pembedahan dilakukan. Lupa lak nak story, anak aku umur setahun 6 bulan. Masalah seterusnya ialah hospital tu xleh nak lakukan pembedahan kerana tiada Pakar Bedah Kanak-Kanak. So, anak aku diforwardkan ke Hospital Besar Kerajaan kerana kat situ ada pakar bedah kanak-kanak. Sampai di sana, doktor nak buat xray dan ct scan. Aku ckp dah buat di hospital swasta dan aku ada bawak resultnya. Doktor tu ckp xnak guna yg itu sbb dia nak guna result dari Hospital Besar yang lebih valid. So, aku kena tunggu hari Rabu next week utk buat xray & ct scan. (masa tu anak aku admit hari Khamis). Aku tanya kenapa lama sangat nak xray semua tu? Dok tor ckp Hospital hanya buat X-ray dan ct scan hari Rabu sahaja. Aku tensen sbb anak aku makin lembik sbb dok drip air je seminggu. Ni nak kena tggu seminggu lagi utk x-ray... Set tarikh untuk pembedahan belum lagi tu. Aku mintak pendapat family aku... Mertua aku cadangkan utk bawak ke hospital swasta di Kolumpo yang boleh buat pembedahan tu. 3 hari anak aku drip tanpa sebarang makanan pun. (total..10 hari drip tanpa makanan dan susu). Aku pun mintak doktor lepaskan anak aku untuk aku bawak ke hospital di Kolumpo. Doktor tu mcm bengang dengan aku sbb xnak tunggu. Dia kata dia xkan bertanggungjawab sekiranya jd apa2 pada anak aku dlm tempoh aku ke kolumpo tu. Aku pun tensen gak. Anak aku ni jd bahan eksperimen doktor2 pelatih situ. Kejap ambik darah, kejap ambik air kencing. Tau la baby nak kena cucuk ambik darah. Mana leh dok diam. Sedih aku tau... pastu aku kena jawab soalan2 yang sama setiap kali doktor2 pelatih ni lalu depan katil anak aku. Aku faham diorang tu belajar tp masa tu aku tgh serabut. So, aku pun dibenarkan keluar dari hospital tu setelah lalui mcm2 soalan dan kerenah.
Dipendekkan cerita. Aku search dlm internet dan call hospital2 kat kolumpo.. Aku dikenalkan dgn Dr. Abd Razak dari Damansara Specialist Hospital. Beliau ceritakan situasi anak aku dan dia mencadangkan seorang doktor yang pakar dan hebat dalam pembedahan kanak2 ni di Malaysia. Nama doktor tu Datuk Dr. Zakaria Zahari dari HKL dan dia ada lokum di Selangor Specialist Hospital. (14 Julai baru2 ni beliau bedah kembar siam Muaiman & Muaimin). Sampai aku di Selangor Specialist dalam kul 10.00 malam. Aku pun daftar anak aku guna kad perubatan Prudential. Malangnya kena decline (rejek). Alasannya sebab penyakit anak aku dtg dari lahir ataupun congenital. Masa tu dah pukul 11.30 pagi. Anak aku ni dok nangis je sbb lapar n sakit. Aku tanya kat kaunter tu. Kalau nak masuk gak mcm mana? Kerani tu ckp kena advance RM2500 cash. Sekali lagi dugaan utk aku. Aku gi ATM dan keluarkan semua duit simpanan dlm kad bank aku. Tgk dlm Maybank ada RM120, aku cucuk abis.. Tgk dlm CIMB ada RM1000 aku keluar. Bank Islam, Bank Rakyat. Alhamdulillah...cukup RM2500 utk aku dpt bilik utk anak aku malam tu. Dalm kul 1.30 pagi aku masuk bilik dan hospital terus lakukan xray 1.45 pagi tu gak. Pagi esoknya dlm kul 8.30 buat CT Scan lak. Esoknya Dr. Zakaria Zahari datang bilik kitorang n story ttg penyakit dan pembedahan dan kos pembedahan. Dalam area RM25K. Deal or no deal? hehehe... Pastu Dr. Zakaria tanya aku, bayar sendiri ataupun cover insuran? Aku ckp aku bayar sendiri. Dia angguk kepala dan kata dia akan diskas dgn 2 lagi doktor yg akan turut serta dalam pembedahan anak aku tu, Dr. Zulkifli Ismail pakar kanak2 dan Dr. Zulkifli Mohd Ali, pakar Anaesthetist. Esok pagi jam 6.30 pembedahan akan dilakukan. Sebelum pembedahan, 3 orang doktor ni membuat doa selamat ringkas supaya Allah memudahkan urusan mereka. Pembedahan selesai dalam kul 9.30 pagi. Anak aku dimasukkan dalam ICU selama 4 hari. Masa tu ramai gak la sedara mara datang tgk. Terharu aku. Sehari selepas keluar dr ICU, Dr. Zakaria minta aku n wife beri makanan yang lembut utk lihat perkembangan anak aku. Alhamdulillah anak aku makan dengan seleranya (hampir 3 minggu xmakan). Seminggu kat Selangor Specialist anak aku dibenarkan keluar. Namun apa yg merisaukan kami ialah jika berlakunya koyakan pada saluran hempedu yg dibuang itu. Doktor beri tempoh selama 6 bulan jika tiada kesan buruk tu InsyaAllah ok semuanya. Anak aku, baru setahun lebih dah xde hempedu. Allahuakbar, Allahuakbar, kuasa Dia tiada tandingan. Hasil dari bantuan dan sifat kemanusiaan doktor2 yang rawat anak aku ni, beliau faham dengan kos yg tinggi untuk rawat anak aku. Maka kos rawatan anak aku kat situ tidak seperti kos yang dikemukakan pada awalnya. Ketiga2 doktor 'Z' ni (Zakaria, Zulkifli, Zulkifli) revise semula kos supaya kos yg paling minimum dikenakan pada rawatan anak aku. Terima kasih semua. Jasa mereka akan aku kenang sampai bila2. Semoga Allah berkati usaha mereka semua. Kes anak aku xleh cover pembedahan sebab congenital. Pakar bedah kanak2 (Datuk Dr Zakaria) tu siap buat surat lagi mengatakan kes anak aku ni bukan sbb dari lahir tp doktor Prudential kata mmg dah ada dlm senarai penyakit. Tu yg doktor Zakaria cakap, "Saya terasa bila pandangan pakar saya ditolak oleh doktor Prudential..." Doktor Zakaria juga cakap, dalam banyak2 medical card, beliau paling tak suka Prudential kerana banyak kerenah berbanding medical card yang lain. Begitu juga kata doktor2 lain yg rawat anak aku tu. Aku lak rasa mcm sia2 je bayar bulan2 kat Prudential... Prudential mmg xcover satu sen pun even bayaran harian. Tapi nak wat guaner...dah syarat mcm tu. Terima je la kan.... Yang penting anak aku sihat skrg. Alhamdulillah. Allahuakbar. Sorry kepada agen kad perubatan. Aku bukan nak kondem apa. Cuma ceritakan pengalaman je. Time2 kritikal mcm ni la aku diuji. Aku akui medical card byk kelebihannya. Cuma agak tertekan sedikit jika jadi macam kes aku ni. Aku bukannya agen kad perubatan mana2 kompeni ok. Syukur kepada Allah... Dialah tuhan sekalian alam. Kerdilnya kita semua. Anak aku dah semakin bertambah berat badannya. p/s: Aku dpt idea buka post ni lepas baca kes Kamal Affandi dlm CG. |