Alhamdulillah satu misi menghantar wakil dari ahli forumer carigold berjaya dilaksanakan. Berkat derma daripada ahli forumer dan golongan dari luar sy ucapkan terima kasih.
Berikut adalh serba sedikit travel log ke gaza
HARI 1 (6 DIS)
8.15pm
Penerbangan Etihad dari KUL ke CAI lewat hampir sejam dan pesawat mula berlepas pada jam 9.00pm
11.45pm
Transit di AUH selama sejam
3.31am
Tiba di CAI dan saya harus berada di situ sehingga pesawat lagi satu tiba
7.00am
Penerbangan Egyptair tiba
8.00am
Mula menaiki bas dan sarapan dalam bas sebelum bertolak ke Gaza
8.45am
Bas mula bertolak
10.30am
Merentasi Terusan Suez menaiki Jambatan Suez
Dikenali sebagai Qana al-Suways, ia merupakan terusan buatan manusia yang terbesar didunia antara Mesir dan Semenanjung Sinai. Dengan kepanjangan 163 kilometer (101 batu) dan kelebaran 300 m (984 kaki), berfungsi diantara Pelabuhan Said(Port Said) di Laut Mediterranean dan Suez di Laut Merah.
Terusan ini membenarkan laluan air secara dua hala , dan menjadi kepentingan diantara Eropah dan Asia tanpa perlu mengelilingi benua Afrika. Sebelum pembukaan dalam tahun 1869, barang dagangan dipunggah keluar dari kapal dan diangkut secara kenderaan darat diantara 2 laut tersebut.
Terusan tersebut menggabungkan dua bahagian, utara dan selatan tasik besar Bitter yang menyambungkan Laut Mediterranean hingga Teluk Suez di Laut Merah
11.20am
Berehat di salah satu hentian di utara Semenanjung Sina
3.00pm
Tiba di Persimpangan Rafah
6.00pm
Memasuki pusat Imigresen Palestin dengan sambutan penuh meriah oleh pihak Kementerian Masyarakat
7.45pm
Mula daftar masuk di Hotel Commodore Gaza yang terletak bersebelahan dengan Pelabuhan Gaza (bilik 402)
----------
HARI 2 (7 DIS)
9.00am
Pertukaran wang Dolar Amerika ke Shekel Israel
11.00am
Bergerak ke masjid untuk solat Jumaat yang diimamkan oleh Dr Muhammad Al-Madhun, Menteri Belia, Sukan & Kebudayaan Palestin
1.23pm
Meninjau kawasan-kawasan pengeboman tentera Zionis pada perang yang terbaru ini
2.30pm
Tiba di Pusat Kebajikan as-Salama (as-Salama adalah pusat kesihatan, dialisis dan pemulihan anggota) untuk majlis penyampaian sumbangan dan makan siang bersama para pesakit dan penerima bantuan
4.00pm
Melawat daerah kem pelarian Jabalia
----------
HARI 3 (8 DIS)
4.30am
Oleh kerana hari hujan (Alhamdulillah!), saya berputus untuk tidak ke masjid sebaliknya hanya bersubuh di dalam bilik hotel
8.30am
Setelah bersiap, saya mula bergerak berjalan kaki ke dataran untuk menyertai ratusan ribu umat Islam meraikan hari ke 25 Hamas termasuk pesta keraian kemenangan Hamas dalam perang 8 hari lalu
2.00pm
Oleh kerana terlalu letih di dataran, saya pulang awal ke hotel untuk bersama-sama dengan rakan-rakan lain
3.00pm
Bersiap-siap ke hotel lain yang diberi gelaran Hotel Muzium untuk majlis penyampaian sumbangan kepada mangsa perang 8 hari dan juga majlis makan malam
-----------
HARI 4 (9 DIS)
10.45am
Tiba di satu kawasan pertanian di Beit Hanoun berdekatan dengan sempadan dan bersebelahan pekan Israel bernama Sderot. Kami diraikan Menteri Pertanian dan para petani disana serta disudahi dengan majlis penanaman pokok zaitun dan makan siang
Ketika inilah tentera Israel mula datang dengan 2 helikopter, dan beberapa trak serta sebuah kereta kebal serta telah menembak gas amaran sebanyak 2 kali apabila melihat kehadiran beberapa kanak-kanak Palestin yang mencanak bendera Palestin berdekatan dengan pagar sempadan
----------
HARI 5 (10 DIS)
9.15am
Mula meninjau pejabat Aman Palestin di Gaza
11.00am
Bergerak ke rumah anak yatim al-Amal (al-Amal Institute for the Orphans) dan mula mengagihkan barangan keperluan, makanan ringan serta mainan dan alat bantu belajar
12.30pm
Tiba di Hospital al-Shifa yang mana menjadi nadi kesihatan penduduk Gaza
----------
HARI 6 (11 DIS)
Meninggalkan Gaza selepas makan pagi
----------
HARI 7 (12 DIS)
10.00am
Melawat Piramid Giza (tetapi oleh kerana tiba lewat, tidak berpeluang masuk, hanya lihat dari jauh)
4.00pm
Tiba di Kubu Salah ad-Din dan bersolat didalam salah sebuah masjid didalam kota itu
12.00am
Tiba di Terminal al-Maza untuk menaiki bas ke Taba untuk cuba masuk ke Israel tanpa visa
----------
HARI 8 (13 DIS)
Pengembaraan Semenanjung Sina (Sinai)
Semenanjung Sina (Sinai) merupakan satu semenanjung berbentuk segitiga yang terletak di antara Laut Mediterranean (ke utara) dan Laut Merah (ke selatan), yang terletak di Mesir. Ia mempunyai keluasan sebanyak 60,000 kilometer persegi.
Gunung Sinai terletak di sebelah selatan semenanjung ini.
6.50am
Tiba di Sharm el-Sheikh
Ia ialah sebuah bandar di penghujung selatan Semenanjung Sinai di Mesir, yakni kawasan di sepanjang pesisiran pantai di antara Laut Merah dan Gunung Sinai.
Sharm el-Sheikh dikenali sebagai bandar pelancongan, terutamanya untuk aktiviti air, misalnya selam paras permukaan atau menyelam. Berbagai hotel dan restoran luar negeri yang terkenal terletak di sini. Menurut BBC, Sharm el-Sheikh ialah kawasan yang popular di kalangan para pelancong dari Israel, Jordan, Mesir dan Eropah.
Pada 23 Julai 2005, bandar ini menjadi sasaran beberapa siri letupan kuat yang berlaku di Hotel Ghazala Gardens.
8.00am
Tiba di Dahab dan saya bersama pasangan pengembara dari Belanda bernama Lydia dan Ruben bersatu untuk meneruskan perjalanan bersama-sama
7.00pm
Dari Taba, oleh kerana tidak ada visa ke Israel (sepatutnya kena minta di Kedutaan Israel di Singapura atau mana-mana), saya mula menaiki kereta sewa ke St Catherine, sebuah bandar kecil di Semenanjung Sina
10.00pm
Tiba di Bandar St Catherine
----------
HARI 9 (14 DIS)
6.00am
Bersiap-siap melawat Biara St Catherine dan Gunung Musa (Sinai)
Biara St Catherine ialah biara Kristian tertua di dunia yang masih berfungsi. Terletak di mulut gaung yang sukar dicapai di kaki Gunung Sinai, Semenanjung Sinai di Mesir. Biara itu adalah biara Ortodoks Yunani dan merupakan Tapak Warisan Dunia UNESCO.
3.00pm
Walaupun kami tidak dibenarkan naik ke puncak kerana Jumaat adalah hari cuti, saya tetap naik (walaupun hanya naik separuh sahaja kerana hari semakin gelap dan saya kekurangan alat yakni lampu picit)
----------
HARI 10 (15 DIS)
6.00am
Mula meninggalkan St Catherine untuk ke Kaherah
10.27am
Mula memasuki terowong Suez dan meninggalkan Semenanjung Sinai dan mula memasuki Afrika
1.00pm
Tiba di pusat Kaherah di kawasan Dataran Ramses dan daftar masuk ke tempat penginapan
----------
HARI 11 (16 DIS)
Walaupun telah membeli tiket bas untuk ke Gaza semula, badan dan minda saya sudah teramat letih dan setelah memohon petunjuk dari Ilahi... pulang adalah pilihan buat masa itu... inshaAllah Gaza aku datang lagi!